HAK ASASI MANUSIA

HAK ASASI MANUSIA

Lin Dan rampas kedudukan pemain No. 1 dunia

KUALA LUMPUR 21 Jun – Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.

Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.

Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.

Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.

Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012.

Sports Psychology Visualization-Performance for Sports

PENDEKATAN PSIKOLOGI

Pendekatan Behaviorisme

Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kpd peristiwa yg berlaku dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kpd tingkah laku yg boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson mengatakan bahawa aspek yg berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman. Idea Watson ialah tingkah laku dan proses mental adalah hasil drp pembelajaran (Bernstein et al.,1994).

Menurut pendekatan behaviorisme tingkah laku ialah satu siri gerak balas yg berlaku dgn wujudnya ransangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi ransangan gerak balas atau R-G Ahli psikologi behaviorisme spt Watson, Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike.

Pavlov(1849-1936), dikaitkan dgn konsep pelaziman klasik. Eksperimen ke atas anjing bagi menunjukkan perkaitan antara ransangan(makanan) dgn gerak balas(air liur)

Thorndike(1874-1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory Of Trial And Error Conditioning). Prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Organisme akan membuat sesuatu yg membawa keseronokan dan mengelakkan melakukan sesuatu yg membawa kesakitan atau membahayakan diri.

Menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas. denda boleh menyekat organisme drp melakukan sesuatu gerak balas. organisme mengaitkan gerak balas tertentu dgn ransangan tertentu. jenis pembelajaran ini dilabel sebagai “pembelajaran instrumental atau operan”.

Skinner(1904-1990) memperluaskan Teori Thorndike. Terkenal dgn pelaziman operan yg mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan. Eksperimen ke atas tikus dan burung merpati. Dapat mengukur proses pembelajaran dgn cara menukar frekuensi ganjaran dan dendaan.

Pendekatan Psikoanalitik

Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar spt konflik dalaman, dorongan(impulses), kemahuan dan motif-motif yg tidak disedari. Semua tingkah laku, normal dan abnormal adalah hasil drp interaksi faktur genetik dan persekitaran. Zaman awal individu penting dan memberi kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi individu.

Sigmund Freud(1856-1939) adalah pelopor ahli teori psikoanalitik. Teori struktur personaliti Freud membahagikan struktur psikik kpd 3 bahagian iaitu:

(a) Id

Sumber dorongan dan nafsu yg diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamaddun). Dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi (dorongan dan kemahuan kuat mempengaruhi tingkah laku). Elemen psikik yg pertama mempengaruhi tingkah laku manusia.

(b) Ego

Bertanggungjawab dan mengawal dorongan dan desakan primitif id agar mengikut kehendak persekitaran (kehendak moral dan piawai etika masyarakat). Beroperasi berpandukan prinsip realiti(mengiktiraf permintaan atau kehendak masyarakat yg realistik).

(c) Superego.

Merupakan sumber asal suara hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan yang baik dgn buruk. Muncul bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa utk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Secara evolusi kanak-kanak akhirnya membina set piawai dalamannya sendiri.

Pendekatan Kognitivisme

Dipelopori oleh ahli-ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran manusia spt persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dll. Percaya bahawa peristiwa dalaman yg berlaku mesti dikaji utk memahami keseluruhan tingkah laku. Pendekatan kognitivisme sangat berbeza dgn pendekatan psikoanalisis yg memfokus kpd pemikiran tidak sedar. Pendekatan kognitivisme juga berbeza dgn pendekatan behaviorisme yg memfokus kpd faktur persekitaran dan tingkah laku.

Pendekatan Humanistik

Berpandangan bahawa manusia adalah individu yg bebas dan baik, berpotensi utk berkembang dan ada sasaran utk dicapai. Menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak kerana mempunyai kemahuan atau keperluan. Berpendapat yang manusia sentiasa aktif. Ahli psikologi pendekatan humanistik spt Abraham Maslow, Rollo May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow(1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow yg mengandaikan manusia tidak pernah berasa puas dgn apa yg dicapai. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi kpd lima peringkat mengikut hirarki iaitu drp keperluan peringkat rendah(keperluan asas) sehingga keperluan peringkat tertinggi (keperluan bersifat psikologi).

Hierarchy of Needs Abraham Maslow

5. Self-Actualization

4.Esteem: Respect

3. Belonging: Family & Friends

2. Safety: Shelter& Security

1. Physiological: Food & Water

Pendekatan Biologi

Juga dikenali sebagai pendekatan biomedik, Model Penyakit(Desease Model) atau Model Perubatan. Mengandaikan manusia sebagai sistem fizikal dan mesti difahami dari sudut fizikalnya spt keadaan fisiologi dan sifat sistem saraf . Berpendapat masalah yg kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yg selalunya mempunyai kesan ke atas otak.

Ahli fisiologi Jerman iaitu Edward Hitzig(1893-1927) dan Gustav Fritsch(1839-1907) menjalankan eksperimen ke atas anjing. Mendapati bahawa struktur otak tempat asal usul urat saraf, berkait rapat dgn tingkah laku manusia. Otak boleh memberi tindak balas bila ransangan elektrik diberi secara langsung dan ini memberi kesan ke atas tingkah laku individu. Pendekatan Biologi memfokus kpd peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia.

PERANAN AHLI PSIKOLOGI

Ahli psikologi sukan tergolong daripada penyelidik psikologi sukan dah ahli psikologi sukan gunaan. Ahli psikologi sukan gunaan terbahagi kepada dua kategori iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan.

Penyelidik  Psikologi Sukan

  • Berperanan mengendalikan penyelidikan dan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bidang psikologi sukan.
  •  Menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan  semasa menjalankan kajian dan penyelidik.                                                   Antara kaedah dan pendekatan yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan eksperimental
  • Hasil kajian dan penyelidikan ini amat penting kepada mereka yang terlibat dalam  bidang sukan terutama kepada ahli psikologi sukan gunaan.

Pendidik Psikologi Sukan

  • Tergolong di kalangan mereka yang mendapat latihan secara profesional dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan.
  • Selain mengajar psikologi sukan, mereka juga menyampaikan ceramah dan memberi kursus psikologi sukan kepada jurulatih-jurulatih sukan.
  • Pendidik psikologi sukan turut bertindak sebagai konsultan dalam bidang sukan.
  • Menjalankan kajian bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang ini.

Ahli Psikologi Sukan Klinikal

  • Terdiri daripada pakar psikologi sukan yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang psikologi klinikal.
  • Mereka memainkan peranan sebagai ahli psikologi sukan dengan mengendalikan masalah emosi dan personaliti atlet serta masalah-masalah yang berkaitan dengan sukan.
  • Menolong atlet yang menghadapi masalah  alkohol, penyalahgunaan dadah, kecelaruan makanan dan kemurungan.
  • Bantuan yang diberikan bercorak klinikal seperti kaunseling, psikoterapi dan juga penilaian psikologi atlet.

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

Aliran Interaksionisme

Dimulakan oleh Rene Descartes(1595- 1650).

Ahli falsafah dan pakar matematik Perancis yg memperkatakan tentang manusia terdiri drp ‘gabungan pemikiran dan badan’ atau ‘jasad dan roh’. Menentang pendapat dualisme yg menyatakan manusia terdiri drp jasad yg terpisah drp roh.

Aliran Empirisme

Muncul pada abad ke 17 dan 18 di England. Tokoh-tokoh seperti John Locke(1632- 1704) dengan konsep ‘tabula rasa’, iaitu jiwa manusia kosong semasa dilahirkan, dan George Berkeley(1685-1753).

 Aliran Strukturalisme

Muncul di Jerman. Menumpukan kajian kpd pengalaman sedar(apa yg boleh dinyatakan dlm pengalaman sedarnya) dan afeksi. Tokoh spt Wilhelm Wundt(1832-1920) telah mengkaji perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan. Digelar sebagai “Bapa Psikologi”.

Aliran Functionalisme

Timbul di Amerika. Di asaskan oleh John Dewey(1859-1952), dan William James(1842-1910) yg dianggap sebagai ahli psikologi Amerika yang pertama. Menekankan pengalaman sedar dan tingkah laku(mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku). Proses mental sentiasa aktif dan berterusan. Dipengaruhi oleh teori evolusi manusia Darwin dan falsafah pragmatisme(pemikiran praktikal bukan teori).

Aliran Behaviorisme

Muncul di Amerika Utara. Di asaskan oleh J.B. Watson(1878-1958) yg popular dgn Teori Pelaziman Klasik. Dalam “Psychology as the Behaviorist Views It” Watson(1913) mengatakan psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku yang nyata(overt behaviour). Tokoh lain spt Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull dll.

 Aliran Behaviorisme juga dikenali sebagai Associationism iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran. Menjalankan kajian ke atas haiwan. Prinsip pembelajaran atau tingkah laku hasil drp kajian akan diaplikasikan kpd manusia. Mengfokus kajian kepada tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian.

 Aliran behaviorisme dipengaruhi oleh aliran falsafah logik positif(logical positivism) yg berpendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui cara yg empirikil atau pemerhatian yg sistematik. Mengemukakan konsep saintifik definisi operasional(operational definition) yg merujuk kepada proses pengukuran kepada sesuatu yg dikaji. Behavioris menegaskan bahawa tujuan ilmu psikologi ialah untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku.

Aliran Psikologi Gestalt

Timbul di Jerman sebagai reaksi kpd pendapat ahli strukturalisme. Berpendapat manusia mempersepsi dunia dalam bentuk satu keseluruhan(unity whole), atau ‘gestalt’ dari perkataan Jerman gestalten yg bermaksud ‘keseluruhan’, ‘pola’ atau ‘terorganisasi’. Diasaskan oleh tokoh spt  Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang Kohler(1887-1967) dan Kurt Koffka(1886-1941).

Aliran Humanistik

Diasaskan oleh Abraham Maslow(1908-1970) dan Carl Rogers(1902-1987). Menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Mempercayai bahawa individu bertanggung jawab ke atas tindakannya(berusaha kearah pencapaian matlamat hidupnya). Kuasa motivasi individu ialah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai pemenuhan kendiri(self- actualisation). Konsep ini dipelopori oleh Maslow. Individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima.

Aliran Kognitivisme(Cognitivism)

Dipelopori oleh tokoh spt ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dll.

Aliran Konstruktivisme (Faham Binaan)

Timbul drp ahli-ahli psikologi kognitif. Diasaskan oleh tokoh spt Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour Peppert. Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yg dipelajari. Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang sesuai untuk mengajar Matematik dan subjek Sains(fizik, kimia, biologi).

KONSEP ASAS PSIKOLOGI

DEFINISI PSIKOLOGI

Psikologi berasal dari perkataan tamadun Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’. ‘Psyche’ bermaksud jiwa. ‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme). Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kepada jiwa seseorang.

(Kamus Dewan)

“Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”

(Cambridge International Dictionary of English, p.383)

 “The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular person’s character on their behaviour”.

(Henry L. Roediger dan rakan,1984)

“Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”.

(Kalat,1999)

 “Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”.

(Williams, 1960)

“Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti”.

(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology)

“Psikologi ialah sains tingkah laku–kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.


~Me MySelf & I~

Dadialyna Dayang Levoh

A 134749

30 May 1990

Belaga, Sarawak

Bangsa Kayan

Pendidikan (Sukan & Rekreasi)

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can always preview any post or edit it before you share it to the world.